Posts

Showing posts from December, 2010

" miss you so much my late sister "

salam.. malam ni tiba tiba teringatkan arwah kakak tersayang.  Allahyarhamah Zulaila binti Masri. pemergiannya pada 9 mei 2003 , 11.00 p.m selepas selamat melahirkan anak sulung sangat buat aku tergamam. selepas bermacam macam cara yang dilakukan untuk mendapatkan zuriat selama hampir 3 tahun.. waktu tu aku belajar kat sekolah asrama perempuan SMK Tun Aminah.. kalau tak kerana dia yang pujuk aku takde de aku nak sekolah kt situ.. dia yang bagi aku semangat. tiap hari aku mesti call dia. 3 bulan tu baru aku dapat serasi kat sekolah tu.. masa hari peristiwa, lebih kurang dalam pukul 3 ptg, terkejut aku bila tetiba ada annoucement nama aku. waktu tu aku tengah prep, duduk bersila kat depan pintu bilik prep. lepas nama aku dipanggil, pergi lah kat halaman pelawat. rupanya mak aku datang membawa khabar gembira yang akak aku akan melahirkan.. memang seronok sangat lah! tp aku tak dapat ikut mak pergi hospital sebab ape tah masa tu. then time waktu tidur aku rasa takut sangat.