" hidup "
HIDUP KITA CUMA DI DALAM TIGA HARI : 1. Semalam - Sudah menjadi sejarah 2. Hari ini - Apa yang sedang kita lakukan 3. Esok - Hari yang belum pasti Oleh itu, hisablah hari pertama semoga hari yng kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. HIDUP KITA CUMA DALAM DUA NAFAS : 1. Nafas naik 2. Nafas turun Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah Ta'ala secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA DUA PILIHAN : 1. Hidup dalam keredhaan Allah Ta'ala. 2. Hidup dalam kemurkaan Allah Ta'ala. HIDUP YANG ABADI CUMA ADA DUA TEMPAT : 1. Kekal di dalam neraka 2. Kekal di dalam syurga Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun Iman. Rukun Iman itu pula ada ...