" hidup "
HIDUP KITA CUMA DI DALAM TIGA HARI :
1. Semalam - Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini - Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok - Hari yang belum pasti
Oleh itu, hisablah hari pertama semoga hari yng kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP KITA CUMA DALAM DUA NAFAS :
1. Nafas naik
2. Nafas turun
Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah Ta'ala secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA DUA PILIHAN :
1. Hidup dalam keredhaan Allah Ta'ala.
2. Hidup dalam kemurkaan Allah Ta'ala.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA DUA TEMPAT :
1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun Iman. Rukun Iman itu pula ada enam dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang lima itu dan puncaknya adalah SOLAT. Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS. Mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa meletakkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada dua penyelesaian dalam kes ini : -
1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang, lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.
Comments
Post a Comment