Cara saya study last minute

Salam.
Saat-saat tak boleh tidur ni terfikir pulak nak update blog usang ni. Tetiba teringatkan sorang kawan ni yang mengeluh pasal kerap study last minute 'ha ada pun tajuk entry!' hehe

Honestly, aku ni bukan lah seorang pelajar yang rajin nak study tiap-tiap hari. Kalau dah assignment pun malas nak buat inikan pulak study. hihi. Opps pelajar sekolah tak sesuai baca entry ni ye! ^^
Ok, study last-last minute ni tak bagus sebenarnya. Tapi tak semestinya study last minute tu tak boleh berjaya. Kan? Aku seorang pelajar tegar bab-bab study last minute ni. Excuse yang lazim bagi student yang suka study last minute "Aku tak boleh lah study awal-awal ni nanti lupa" betul tak?

So, kat sini aku nak kongsi sikit cara-cara aku study last minute. Tapi ini cara aku lah ya dan terbukti berkesan pada aku.

1. Study group. Eh bukan biasanya orang study group dari awal-awal lagi ke? Tak semestinya. Yang penting nawaitu tu! Study group ni penting tau. Kalau korang ada taktau, tak sure or semua yang tak, korang boleh bincang. Bincang sampai gaduh-gaduh pun takpe, actually tulah yang seronok. Kadang-kadang boleh timbul something yang kelakar so korang pun gelak la sama-sama. Bila gaduh, gelak apa semua timbul lah satu perasaan yang seronok. Kalau groupmates korang tak dapat bantu apa yang korang nak, usaha sikit please. Cari classmate korang yang lain yang boleh bantu korang. Study ni kena enjoy jangan paksa-paksa nanti stress takleh nak cakap ape lah kan. Tak semestinya kena study atas meja sama-sama, tak semestinya kena study dekat luar, tak semestinya kena study soalan or point yang sama & tak semestinya kena study subjek yang sama. Yang penting study ramai-ramai dengan kawan-kawan yang korang rapat such as housemates korang ke baru ade feel.



2. Gap. Korang janganlah paksa diri study berjam-jam tanpa henti. Padahal dalam hati berbelah bagi kan. Nak stop takut masa tak cukup nak habiskan apa yang belum habis tu. Nak teruskan tak larat pula. Stop it! Lagi korang paksa lagi tak masuk apa. Rest kejap ok. Minum nescafe ke, makan burger ke. (Time aku dulu, kitorang akan study dari tengah malam sampai pagi. Kalau ngantuk terus tidur. Kalau letih kitorang pi lepak kat chairman, kedai burger terpaling hot kat Poli PD area kul 2,3 pagi camtu. hehe). Nak lagi seronok standby lah keropok ke, coklat ke, gugula ke, air jambu batu, air masak pun boleh. Study sambil ngunyah memang feveret bebudak rumah aku. Hehe

3. Calculation. Korang tahu kan calculation ni tak boleh baca, lagi baca lagi lah slow. So standby recycle paper banyak-banyak. Buat 3 paper exam lepas-lepas pun dah cukup. Rajinkan diri buat soalan feveret, yang tak feveret tu buat sekali pun dah ok. Dah buat tu janganlah biarkan lak, compare jawapan korang dengan kawan. (Yang ni korang dah biasa buat kan?)



4. Teori. Haa yang ni aku memang lemah. Sangat lemah bab-bab membaca, menghafal ni. Tapi cara aku mudah je. Highlight point penting then tulis balik ulang-ulang. Tapi kalau dah penat nak tulis, baca je ulang-ulang. Nak lagi seronok baca ulang-ulang secara beramai-ramai. Nampak macam bebudak tadika sikit. Baca tu jangan lah selenge sangat. Baca & faham ok. Tak faham memang kelaut lah. Bila dah faham point penting senang sikit nak jawab. Nak tambah markah lagi huraikan lah ikut logik akal. Hihi. Logik-logik pun jangan lah sampai lari tajuk ok.

5. Jangan lupa pada Allah SWT. Sepandai mana pun korang, serajin mana pun korang study, sejauh mana pun usaha korang tapi kalau dah lupa pada Dia memang tak berbaloi. Ilmu tu Dia yang bagi. Bila-bila masa Dia boleh tarik balik. So rajinkan diri ambil wuduk, solat, doa dan baca quran ok. Baca doa sebelum mula study. Kalau korang dah blank nak study teruslah berwuduk dan solat sunat. Jangan malas! Lepas solat subuh, baca surah yasin. Actually tak wajib pun surah yasin. Up to you. Sebelum keluar rumah dan sebelum masuk dewan exam bacalah ayat kursi, selawat ke atas Nabi SAW, dan apa-apa je doa yang korang reti. Tapiiii jangan lah korang ingat pada Dia bila nak exam je. Lepas habis exam pun jangan berhenti berdoa ok.



6. Kalau paper korang pagi, jangan study lagi lepas solat subuh. Sekali imbas takpe. Terpaling penting bila dah ready nak bertolak ke dewan exam jangan baca lagi! Nanti bila dah masuk dewan confirm blur! Tapi taktau lah kan kalau korang hebat. hee

7. Lepas habis exam kalau korang tak confident dengan jawapan korang tu tolong jangan compare dengan kawan-kawan korang. Nanti korang frust then effect pada next paper. (Aku dah lalui ni hehe)

8. Rajin-rajinlah makan kismis dan kurma. Elakkan maggi, air bergas dan semua makanan and minuman yang tak berkhasiat tu.

Extra : Jangan pernah rasa diri bodoh. Fokus dalam kelas. Pupuk minat dalam apa pun subjek (yang ni korang kena tepuk dada tanya selera, nak seribu daya taknak seribu dalih!). Bawak lah air dalam kelas bagi O2 bertambah kalau tak mengantuk nanti! Rendahkan ego tu kalau nak belajar. Kita kena bijak cari ilmu jangan setakat pandai tapi ilmu sia-sia ye. Ni semua cara yang aku buat masa study dulu. Maybe korang ada cara sendiri. Lain orang lain cara kan. Berkesan ke tidak berserah pada Yang Maha Esa. Apapun ilmu tu wajib dituntut. Wallahualam. Sharing is caring. Salam =)

Comments

Popular posts from this blog

TRIP KOREA MUSIM SEJUK

bahagianya jika...