TRIP KOREA MUSIM SEJUK

Assalamualaikum.

Hyee apple kembali memblogging. Maaf, post ini terlalu panjang ya sebab malas nak ber "part". Aktifkan semula blog lepas 5 tahun (since 2012) deactivated. Janggal sungguh rasa tapi macam-macam nak share tentang lifestyle sekarang, about kerja, tips travel (walaupun tak seberapa), foodporn dan sebarang tips yang mungkin berguna pada orang lain (padahal aku taktahu ada orang baca ke tak).

Sebelum mulakan topik, so sorry aku guna bahasa rojak dan mungkin bahasa tak semengah sebab aku pun bukan polite sangat orangnya. Maklumlah bahasa inggeris dengan bahasa melayu dedua bukan dapat A pun. Biasanya aku share experiences aku kat instagram je. Tapi kawan-kawan aku kata 'buat travelog la apple'. Nak buat travelog, tapi travel experience tak berapa asyuk sangat so aku decide aktifkan blog then nak share semua experience yang aku ada termasuklah kerja, tips interview (contohnya).

Ok kembali pada tajuk. Trip aku ni dah lama Disember 2014 so aku rasa macam tak relevan sangat nak guna sekarang due to kejatuhan ringgit kan tapi untuk some informations why not. Aku pergi korea tak lama mana pun 7 hari 6 malam, musim sejuk. Aku sebenarnya tak pernah plan nak pergi. Nak dijadikan cerita aku ni sebenarnya kpopper tapi peminat cnblue sahaja. Selain kenal cnblue, peminat-peminat dia yang lain pun aku kenal sebab kitorang interact dekat twitter. Aku kenal sorang kakak ni, kak zu aku panggil. Kitorang baru jumpa sekali dekat concert cnblue, woopss! Kak zu cerita lah yang dia nak pergi korea. Dia dah plan awal nak pergi setahun sebelum pergi kalau tak silap. Masa dia ajak ada lagi 4 bulan je kot dia nak pergi. Dia dok pelawa aku yang tak berapa nak kaya ni, memang taklah. Entah macam mana sebulan lebih camtu kebetulan berduit sikit, tetiba rasa membuak nak ikut. Hari-hari aku check AA punya fare, tengok kalau dapat paling murah aku book. Then dapat lah fare (return) RM800++, tapi AA kan biasa lah belum add-on apa bagai so total almost RM1.2k. Booked! Taraaa settle part paling penting. Untuk accommodation, makan etc aku standby/ tukar RM2500 (termasuk duit orang kirim barang), balik Malaysia lepas convert semula ada balance RM400++. Waktu ni currency 1000won = RM3.18. Trip ni aku tinggal follow je sebab kak zu dah plan everything. Kita tak pakai tour guide, pakai hardcopy maps je sebab public transport kat sana senang! Kak zu dengan kakak dia dah siap-siap bawa beras, periuk kecik dan makanan yang tahan lama macam serunding, sambal hitam ikan bilis, kicap botol kecik.. telur beli dekat 7e sana. Kami masak kat sana, dah nama pun bajet kan. Hari-hari kami makan nasi sejuk.

Ni details flight aku.

Before D-day - Masa ni masih di Malaysia (1/12/14 - Isnin)

Aku tak tidur more than 24 hours sebab nak siapkan semua tugasan dan projek yang masih belum siap (Fyi, aku final year student uthm who is staying at home rumah mak aku sebab rumah aku dgn uthm sekangkang kera je. Waktu ni dah hujung semester so faham-faham jela banyak kerja nak kena selesaikan sebelum berjimba). So, aku dapat settlekan all the works before 8am, sebab nak kirim classmates aka jiran sebelah tolong submit. Settle kerja terus aku packing barang. Barang yang kena bawa pun aku dah prepare. Nanti aku attach checklist yang aku guna.

Ni checklist yang aku guna untuk packing barang. Ditekankan checklist ni untuk winter season ya.


Aku naik bas 130pm dari Ayer Hitam ke TBS. Thanks alot to Anim dgn Fuzaini depa yang tolong hantarkan assignments aku dan tolong hantar aku naik bas. Sampai TBS lebih kurang 430pm. Dari TBS aku transit terus ke KLIA2 naik ERL merasa lah time ni macam aku travel solo haha. Aku tak berapa ingat berapa jam sampai tapi aku sempat asar kat klia2, so assume lah sendiri. Fare dia pun tak berapa ingat dalam RM20++ tak silap.

Comel dak kawan-kawan aku siap buat post untuk aku. Rajin gila aku dok scroll insta diorang nak cari post ni ekeke


Since aku sampai airport awal gila aku lepak jela kat surau sambil tunggu kak zu sampai. Kak zu sampai pukul 830pm dia tunggu kat Marrybrown. Selesai makan apa semua kami jalan-jalan tangkap gambar sekitar airport. Fyi, ni pengalaman pertama aku dekat klia2 dan naik ketebang. Kak zu yang banyak bagi tunjuk ajar kat aku. Dalam pukul 10pm camtu kami check in. Gila teruja aku masuk departure lounge tu hahaha rasa bersyukur Allah bagi aku merasa peluang tu. Sambil menaip ni pun aku masih terasa lagi keterujaan tu sobss.. mana tak teruja dapat pergi korea. Aku ni dah la hantu kdrama since darjah 6 lagi. Time aku pergi ni aku dah 24 tahun hehehehehe. 

Hari Pertama (2/12/14 - Selasa)

Boarding time 1220am, flight 0100am. Memandangkan aku first time naik ketebang, kak zu bagi aku duduk kat tepi tingkap kehkeh. Tapi macam takda beza pun sebab aku tidur sepanjang perjalanan, mana taknya dah lebih 24jam aku tak tidur. 

Arrival 0800am waktu korea, korea awal sejam. Masa ni mengalir air mata aku.. Alhamdulillah selamat sampai. Keluar dari perut ketebang je sejuk sampai ke tulang. Cepat-cepat cari port nak pakai winter jacket, neck scarf dengan glove. Gila kauuu korean gila rasa kahkah. Selesai semua urusan kami keluar dari arrival lounge. Terus pergi 7e beli T-Money. Kami beli t-money 2000won then terpulang nak topup berapa. T-money ni penting dia macam kad touch&go kita je tapi dia punya t-money ni naik bas dan teksi pun boleh guna senang kata as long as dia public transport. Tetiba kan ehh nampak banana uyu heheh dah lama teringin apa lagi try 1 buat breakfast, harga dia 1300won.

Dah pukul 10am kami terus cari subway nak pergi guest house, Kalut juga waktu ni cari subway kat mana. Subway ada kat depan pintu keluar berapa tak ingat then belah kanan sikit. Naik subway dari Incheon then tukar train dekat Seoul Station ambil line 4 untuk ke Hansung University Station (tengok, aku ingat sebab aku jotdown haha). Guesthouse kami dekat area Hansung Uni, so kena jalan sikit sebenarnya dalam 1km letih juga la pasal kena naik bukit sikit. Lebih kurang 12pm sampailah kami di BJ open guesthouse, ok bagi aku sangat selesa GH ni, surrounding dia pun tenang je cuma jauh sikit dari subway, boleh try check link ni BJ Open Guesthouse okay? Sampai GH kami terus unpack. Kami share bilik untuk 3 orang, yang aku ingat untuk part aku dalam RM200++ untuk 6 malam, so assumption total rent untuk satu malam dalam RM100++. Lepas unpacked aku dengan kak zu keluar semula, ok part yang ni aku tak boleh nak cerita. Kami ada 'kerja fangirl' kami sampai petang.
Subway dekat Incheon Airport

Petang kami pulang GH semula siap-siap then keluar balik lepas maghrib pergi pasar malam Namdaemyun. Namdaemyun tak jauh pun dari GH kami selang dua station tak silap. First day lagi dah usha souvenir tau, usha je belum beli lagi. Kami cuma beli neck scarf dengan glove je memandangkan kat situ murmur punya dan jangan terkejut kalau dengar ahjussi dengan ahjumma memasing berebut nak cakap melayu.
Namdaemyun Market, kelihatan semua stall pakat tutup hehe
Sebelum pukul 10pm kami balik GH, takut subway tutup dah. Sampai GH aku letih gila, lepas kira-kira bajet untuk esok hari aku tidur. Aku rasa baru je lena, dalam pukul 12am camtu kak zu kejut aku. "Nora, nora bangun.. nak tengok salji tak?" Allahu, tergamam aku malam tu. Tak sangka sungguh dapat jumpa salji bersyukur sangat dan gila kalau tak excited. Terkinja-kinja dok main salji kat luar. Nak ikutkan, tak semestinya kau pergi time winter kau berpeluang jumpa salji. Kalau ada rezeki kau, dapat lah kau jumpa salji. Dan malam itu... lena sungguh aku tidur sambil senyum kot.
Salji pertama aku~
Belakang guest house selepas salji 
Hari ke-2 (3/12/14 - Rabu)

Aku tak ingat pukul berapa mula bersiap. Fyi, kami selalu bangun lewat sebab lepas subuh tidur semula heheh mana taknya dekat sana subuh awal, 830 baru semua mula sibuk dengan kehidupan harian. Destinasi kami harini nak pusing Seoul, Gyeongbokgung palace, Hanok village dan Namsan Tower.

Untuk ke Gyeongbokgung palace, 2 kali kami tukar train. Ambil line 4 dari Hansung Uni Station, pertukaran pertama di Chungmuro Station (tukar line 3), kemudian pertukaran kedua di Jong-Ho station (tukar line 5) then turun dekat gyeongbokgung station, tak pasti memang nama station dia ke bukan tapi yang penting kena lalu satu terowong ni baru jumpa palace tu. Alhamdulillah keluar je dari terowong salji turun. Sejuk ya amat. Nak tahu, rezeki kami dapat jumpa 'pakcik hot' abam Aaron Aziz with his family maka dapatlah sekeping gambar bersama. Oh ya, nak masuk palace ni kena beli tiket for 9000won.
Gyeongbokgung Palace. Dalam gambar ni ada Aaron Aziz and his family.

Lepas dah puas pusing tangkap gambar semua, kami pergi KTO, Korea Travel Organisation untuk solat Jamak Zuhur dan Asar. Kami jalan kaki je sambil pusing bandar Seoul, jalan-jalan tengok Cheonggyecheon Stream tapi waktu siang tak berapa menarik sangat. Susah juga nak cari building KTO tu. Tanya orang, nasib baik jumpa yang baik-baik belaka. Walaupun macam ayam dengan itik, diorang try hard nak bagi kami faham apa yang cuba disampaikan. Alhamdulillah sampai pun.
On the way cari KTO
Usai solat kami mulakan langkah mencari Bukchon Hanok Village. Ni pun, kami banyak jalan kaki. Dekat sini jalan kaki lagi seronok dari naik kereta sebab matahari terik pun kau akan tetap rasa sejuk. Hanok Village ni diorang punya traditional village, sangat cantik dan rumah yang unik belaka. Kami sempat makan kat sini kebetulan jumpa gazebo, maklum lah dah prepare lunch box dar GH so makan nasi sejuk lah kami tapi nikmat dia susah nak dapat kat mana-mana.
Ini lah port makan kami di Hanok Village

Dah letih jalan, kami teruskan jalan lagi sampai jumpa mana-mana subway nak ke area Namsan Tower. Oh ya, Namsan tower tak ada subway sebab dia bukit so kena naik cable car. Kami jalan jauh jugak la nak sampai kat bangunan cable car dia tu, alaa yang dalam running man tu. Fare dia 6000won sehala. Kami pilih sehala sebab turun boleh naik bas. Disebabkan naik cable car malam jadi tak berapa nampak sangat pemandangan dari cable car since manusia pun terlalu padat dalam tu. But seriously, pemandangan dari Namsan Tower sangatlah cantik. Kau boleh nampak Seoul yang besarrr tu. Hari yang sangat letih tapi menggembirakan. Hari pun dah larut malam maka kami terus pulang ke GH.
Pemandangan dari Namsan Tower, cantik kan?
Hari ke 3-(4/12/14 - Rabu)

Destinasi kami untuk harini Nami Island. Kami naik subway ke Cheongnyangni Station then dari Cheongnyangni kami naik itx ke Gapyeong (4000won). Perjalanan ambil masa lebih kurang sejam. Dari gapyeong station pula kami naik teksi terus ke Jeti Naminara. Terpulang sebenarnya you nak naik teksi or bas sebab beza waktu perjalanan sama je 15 minit and fare pun lebih kurang. Waktu ni mana transport yang sampai dulu kami terus grab nak jimat masa. Nasib aku tak berapa baik waduh t-money guwe tercicir pulak kat mana taktahu lah terpaksa masuk station semula beli t-money baru. Balance dalam t-money yang tercicir tu banyak lagi kot, rugi betul. Tak apa lah bukan rezeki aku lah tu.

Sampai jeti boleh terus beli entry visa untuk ke Nami Island yang bernilai 8000won (waktu ni panjang juga lah nak kena que, tourist ramai). Nasib kami baik, beli je tiket feri sampai dah so tak payah tunggu terus masuk feri. Perjalanan dari jeti ke Nami Island makan masa dalam 15 minit je. Kau boleh keluar dari perut feri tu menikmati pemandangan laut jadi tak bosan sangat lah.

Kami sampai Nami Island dalam pukul 1140am, luangkan masa dekat sini sampai petang lebih kurang pukul 330pm. Naminara Island ni sangat cantik dan tenang je tempatnya. Paling best dekat sini untuk muslim kita tak perlu risau tentang solat dan makan sebab dekat sini ada surau (hasil khidmat masyarakat pelajar muslim dekat sana) dan ada restoran halal. Surau ada dalam library, dan restoran pula ada dekat sebelah library tu.  Aku tak perasan dekat belakang tiket tu ada peta sekitar Pulau Nami, dah sampai Malaysia baru perasan hehe. Punya lah gigih cari tempat sekian-sekian masa dekat Nami.
Sekitar Naminara Island
Library di Nami Island
Pulang dari Nami Island, kami terus ke bandar Hongdae. Hongdae ni kalau kau peminat Korea kau tahu lah apa fungsi tempat ni. Yang menarik di Hongdae ni banyak café yang unik-unik dan kau boleh nampak budak-budak kampung yang dah culture shock kat sini kahkah. Kami sampai Hongdae dah gelap, yelah dekat sini 6pm dah senja. Hongdae pulak aktif malam-malam macam ni lah. Banyak aktiviti anak muda, ada yang busking, ada yang berjoget kat tengah-tengah orang lalu-lalang, ada yang melepak dekat café. Tempat kami pergi Jazz Café, kalau kau peminat WGM Goguma Couple mesti kau tahu apa. Saja nak try gogume latte yang Seohyun bagi Yonghwa minum kekeke. Masa dalam café ni kami dapat kawan Korean, Mei Chan nama dia. Seronok bersembang sambil tukar email dan Instagram. Dah puas sembang dan tangkap gambar, Mei Chan ni sangatlah baik hati bawa kami window shopping dekat Hongdae Street tu memandangkan dia tak ada apa nak buat. Macam biasa, dekat pukul 10pm kami pulang ke GH sebab takut terlepas last trip. Sampai GH aku melantak Maggi asam laksa aduh betapa nikmatnya rasa sejuk-sejuk pulak tu.

Jazz Cafe. Oppa tu sporting habis.
Hari ke-4 (5/12/14 – Jumaat)

Ok harini punya destinasi khas untuk peminat kpop je. Pagi kami ke airport sebab nak jumpa abam-abam cnblue, jadi fansite noona sekejap. Dapatlah aku berjalan beriringan dengan Yonghwa beberapa minit. Nasib baik iman kuat lagi kalau tak mesti dah genggam tangan dia wakaka. Lepas jumpa cnblue kami lepak airport je sebab tunggu abang kak zu and his wife sampai dari klia. Ahaa baru aku ingat waktu ni aku solat zuhur dekat bawah tangga somewhere in the airport. Ada lah beberapa manusia yang pandang aku sinis HAHA. Bila kami tanya prayer room dekat some Korean, depa tunjuk jugak.. bila dah sampai lokasi aiseymennn mini gereja kau bagi aku hahaha pandai-pandailah survive ya.

Waktu malam kami pergi kawasan entertainment company like JYP entertainment, SM entertainment and of course FNC, tempat abam biru kami training. Konon nak tunggu sampai depa keluar tapi sampai sejuk membeku kami stay kat bawah tu depa still tak keluar. Give up jelah. Sebelum balik GH sempatlah kami pergi makan teokbokki dekat Sindang-Dong’s Tteokbokki Alley. Kalau kau rasa kau tak boleh go dengan makanan korea please try this, you gonna like it!
Tteokbokki di Sindangdong. Allahu terliur sis

Hari ke-5 (6/12/14 – Sabtu)

Harini kami sangat letih sebab malam semalam buat hal membekukan diri haha. Lepas subuh kami tidur semula sampai lah matahari terik dah. Bayangkan, destinasi kami harini nak pergi amusement park, Everland tapi 1230pm baru sampai so berapa kerat sangat lah game yang kami boleh main. Entry fee kalau tak silap aku 30000won bersamaan RM90. Maaf..tak ingat dah route nak ke Everland tapi yang aku ingat kami naik bas dan nombor bas tu 56 tak silap. Yang paling penting, aku berjaya main roller coaster. Beratur punya lah panjang dan berjam dapat main sekali je sobss. Kami tak makan dekat sini sebab tak pasti ada yang halal ke tak so kami tunggu je balik nanti. Kami balik waktu dah gelap sempat maghrib dekat Everland. Oh ya, ada surau dekat sini ya.
Sebahagian pemandangan di Everland
Balik dari Everland, aku dengan kak zu decide pergi Myeondong untuk beli souvenir, yang lain balik GH. Juling biji mataku meriah gila shopping kat sini. Jadi perempuan memang seronok lah banyak kedai kosmetik. Pusing seround cari souvenir, tshirt untuk family, stokin comel plus keychain untuk kawan-kawan dan extra fridge magnet for those yang mintak aku oleole kahkah. Dah dapat souvenir then lepak coffee shop. Layankan kak zu pergi Mom House café, coffee shop milik parents Kyuhyun SJ bias kak zu. Dapat lepak sejam ok lah tu then balik GH apa lagi melantak Maggi asam laksa aku tu nak bagi habis sebelum pulang ke tanah air.

Hari ke-6 (7/12/14 – Ahad)

Destinasi terakhir aku, Busan. “Train to Busan” sangatlah. Route kami memang sebijik (sorry, aku jawa) dalam cerita tu, Seoul station – Busan station. Fyi, adalah lebih baik book tiket awal. Normally tiket ke busan akan cepat habis. Kak zu memang dah book awal dari kami masih kat Malaysia lagi so kami tak perlu risau dah. Just get ready jela pergi Seoul Station awal untuk redeem tiket. Kalau tak silap 630am kami dah ada di Seoul Station. Tiket KTX ke Busan dalam RM60++ one way. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam. Aku suka pemandangan sepanjang ke Busan, banyak kawasan pergunungan.

Lokasi pertama kami pergi sesampainya di Busan ialah world famous market for fresh fish and seafood, Jagalchi Market. Kat sini macam-macam jenis hidupan laut yang kau akan jumpa, fresh lagi pulak tu. Jagalchi Market ni besar, pasar basah paling besar yang aku pernah pergi. Kami cuci mata je kat sini tak mampu den nak memboli. Ada satu aras ni semua kedai makan dia punya busuk tu aduhaiiiii pengsan, busuk sebab soju lah kot. 
Jagachi Market. Maaf, gambar gegar.
After dah puas pusing Jagalchi, kami naik bas ke pantai berdekatan untuk lunch tak ingat dah nama pantai tu apa. Kami dah siap-siap bawa makanan dari GH. Macam biasa lah nasi sejuk, telur rebus, serunding, sambal hitam ikan bilis dan kicap Alhamdulillah syukur nikmat.

Dah kenyang apa lagi sambung jalan lah. Kami teruskan perjalanan menaiki bas ke Gamcheon Culture Village. Destinasi paling terkenal di Busan, Running Man banyak kali shoting kat sini. Memandangkan aku ni student of civil engineering, tempat-tempat macam ni memang makanan aku lah. Orang panggil tempat ni ‘Machu Picchu of Busan’ (betulkan jika aku silap). Mural kat dinding berlambak, bangunan warna warni pula tu, memang menarik. Tapi tempat ni tak berapa sesuai untuk orang tua yang ada sakit-sakit lutut tu sebab kawasan yang berbukit dan perlu jalan kaki jauh kesian. Lepas dah letih berjalan kami teruskan berjalan-jalan di kaki-kaki lima. Ada lah aku beli goguma sikit untuk bawa balik Malaysia. Ada ke kena bahan dengan family aku ‘pergi korea bawa balik keledek’ kahkah!
One of building yang ada di Gamcheon Village

Kami bersiap-siap untuk pulang ke Seoul sebelum matahari terbenam. Sampai GH aku menikmati malam-malam terakhir kat situ. Jalan-jalan kat luar GH hirup udara sejuk dia, lepak minum kopi, makan goguma yang aku beli tadi sambal tengok tv.

Hari terakhir (8/12/14 – Isnin)

Hari terakhir kaki aku kat bumi Korea. Flight aku pukul 1115am. Aku sorang je balik harini sebab kak zu and her siblings ada lagi 3 hari. Terpaksa balik awal sebab aku ada fyp1 presentation. Aku ingat nak ke Incheon Airport naik bas je tapi disebabkan aku terlewat bangun terpaksa naik teksi. Almost RM200 jugak lah habis. Sepanjang kat airport syahdu je aku rasa nak tinggalkan bumi korea ni. Pengalaman yang aku takkan lupa, buktinya dah 2 tahun lepas pun aku masih ingat heheheh. Alhamdulillah sebelum balik aku berpeluang jumpa salji lagi. So sepanjang di Korea tiga kali lah aku merasa salji bertuah betul rasanya. Sungguh la, nikmat apa lagi yang engkau dustakan? Syukur ke hadrat Illahi atas rezeki ini.
Pemandangan terakhir aku di Korea

Ok tu jelah setakat ni. Aku pun dah penat menaip. Next time aku sambung trip ke Singapore, Sabah, Medan dan lain-lain pula, insyaAllah. Semoga bermanfaat apa yang dikongsikan. Terima kasih pada yang sudi membaca kisah syok sendiri aku ni. Kalau rasa nak tengok gambar lain ada aku post dekat instagram boleh check it out ya.

Popular posts from this blog

bahagianya jika...

Cara saya study last minute