[Day Trip] Rides in Universal Studio Singapore (USS)

Ok thesis for viva voce baru je submit. Bila dah biasa writing malam-malam ni awkward pulak kalau tak buat apa-apa. Terus teringat blog yang dah bersawang ni, tiberrr.

Hai gaiss. Tajuk entri ni dah basi sebenarnya. Kami pergi USS dah lama tahun 2015 haha. Takpa lah USS itself tak basi lagi pun lol. Kami pergi USS ikut travel agent. Tak ingat nama agent tu sebab one of our member yang arrange, well, memang dia yang ajak pun. RM250 untuk transport dan entrance fee saja no meals. Naik bas dari UTHM, betul-betul pick off dekat bus stop depan kampus and drop off betul-betul dekat parking bas USS, begitu juga pulangnya.

Unfortunately, bas tu lambat! Kami dah tunggu dari pukul 7am, around 8.30am baru bas datang pick up. Dah tu sebelum masuk border driver sempat pulak berhenti lunch, lol sangat kan? End up, tengahari buta oi baru masuk USS. So korang yang plan nak pergi thru agent tu make sure betul-betul dengan agent tu no delay. Oh ya, operating hours of USS is from 10am until 7pm okay. 

Some views along the road to USS. This is container-like residential complex, The Interlace.

This is the largest mall in Singapore, Vivocity designed by the Japanese Architect Toyo Ito.

Just few miles to USS Gateway 

Ok fast forward, USS for me sangatlah fun! Seriously will repeat (tengah cari waktu yang sesuai). Last time pergi just purchase for normal pass which is kena beratur panjang-panjang dan tak sempat nak ride semua. Memandangkan kami pergi hari Jumaat, weekday dekat sana maka tak ramai sangat pun. Even so, ini saja yang sempat kami naik sebab ada certain ride kami repeat:

1) Transformers The Ride: The Ultimate 3D Battle
This ride kami repeat sampai 3 kali tau. Since it was 3D screen so memang nampak real siot macam kita pun transformer jugak kah! Wajib naik kalau masuk USS okay!

While waiting for our turn!

2) Revenge of The Mummy
Yang ni pun kami repeat 3 kali jugak rasanya. Tapi memang repeat, rugi ohh tak repeat. Also a must! Very extreme and a bit scary. Member siap cakar tangan aku k.

3) Madagascar: A  Crate Adventure
This one kami tak repeat sebab it's just a river boat ride. Still, it was fun and ada lah jugak part yang suspen sampai terkejut beruk kawan-kawan aku dibuatnya. Please try it yourself, tak rugi guys.

4) Jurassic Park Rapids Adventure
Lupa pula all mentioned above are indoor ride ok except for this one. Kalau Madagascar river boat ride, Jurassic pula adalah river raft ride. Katanya terhad untuk orang yang tingginya bawah 107cm especially for children. Tapi waktu kami masuk tu tak ada pula dia ukur tinggi lol. Ah kitorang peduli apa, we all pun children kepada makpak kitorang jugak hehek. A chill ride. Lepas penat-penat terkejut luluh jantung dengan ride-ride sebelum ni, memang ok sangatlah naik raft boat ni. Tenang-tenang saja.

5) Walking around USS yang ala-ala dekat oversea tu hihi
Nak pergi europe tak mampu lagi, so this is the best place for you hihi. It was very interesting. Rasa seronok jalan-jalan dalam tu. Ada macam-macam attraction juga.

Ada 2 orang model tu memang tak perasan pun aku capture gambar ni.
Kalau depa tahu mesti depa mintak lol

Banyak lagi sebenarnya jenis-jenis ride korang boleh tengok kat sini Fun ride at USS. Kalau ada nak plan dan mampu, beli lah siap dengan Express Pass dia. Semua ride boleh try without need to line up. Dulu kami pi time student memang tak mampu lah. InsyaAllah next time nak purchase express pass sesiap. Biasanya klook punya tiket more cheaper macam Admission ticket and express pass combo package. Kami teringin nak naik main ride dia, Battlestar Galactica. Unfortunately, waktu kami pergi tu dia tutup buat sementara waktu tak pasti sebab apa. Terkilan sungguh guwe. 

Tak dapat naik, gambar sekeping pun jadilah. Bukti dah sampai okehhh

Part makan, for lunch kami bawa siap-siap sandwich dan roti sosej. Sebab dekat sana mahal dan katanya banyak yang tak halal. Roti sosej tu classmates lelaki kami yang buatkan padahal depa tak pi pun, so sweet kan? Time lunch, duduk kat kaki lima tepi-tepi kedai tu then makan lah hahahah. Tapi orang tak pandang pun sebab ramai dah biasa buat kot. Untuk dinner around 6pm kami makan dekat fast food apa tah lah tak ingat nama dia, sebelum tu dah confirmkan halal kat akak cashier.

Ha korang tahu tak kat mana ni? Sebab seriously aku lupa LOL

Lepas makan, tunggu driver bas datang. USS tutup jam 7 malam ya anak-anak. Kami naik bas dalam pukul 8 malam huhu. Tapi tak terasa lama pun nak tunggu sebab sempat lah jalan-jalan kat luar USS tu banyak je lagi retails goodies, sweets, chocolate etc. yang masih buka. Oh sebelum I terlupa, dalam USS ada surau so jangan risau tentang nak solat kat mana ya. Ok guys semoga bermanfaat.

Tempat wajib bergambar 7 keturunan k.



Comments

Popular posts from this blog

TRIP KOREA MUSIM SEJUK

bahagianya jika...

"kau kawan sahabat dan teman"